+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

Stakeholders’ Meeting di Ladang Mamahat

Ladang Mamahat Perkukuh Hubungan Strategik Bersama Majlis Daerah Beluran Dan Komuniti

10hb. Februari, 2026
PAITAN – Pengurusan Ladang Mamahat telah menganjurkan Mesyuarat Pihak Berkepentingan (Stakeholders’ Meeting) yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta memastikan kelestarian operasi ladang selari dengan pelan pembangunan daerah.

Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh wakil daripada Majlis Daerah Beluran Puan Lydia Andilah dan Encik Rocky Tan , ketua-ketua kampung, serta agensi kerajaan berkaitan. Kehadiran pihak Majlis Daerah Beluran dilihat sebagai langkah penting dalam menyelaraskan aktiviti syarikat dengan visi pembangunan mampan di bawah pentadbiran daerah.

Wakil daripada Majlis Daerah Beluran dalam ucapannya menyambut baik inisiatif Ladang Mamahat yang proaktif dalam mengadakan sesi libat urus ini, yang dianggap sebagai model kerjasama terbaik antara sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan.

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content