Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Paitan
Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Paitan
5hb. Mac, 2026
PAITAN – Majlis Daerah Beluran telah menyelaraskan misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa banjir di daerah Paitan. Misi ini memfokuskan kepada pengagihan bantuan keperluan asas bagi memastikan penduduk yang terjejas mendapat sokongan segera selepas bencana melanda. Bantuan yang disalurkan adalah berupa bakul makanan Mengandungi barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung, dan makanan tin dan pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih untuk kegunaan harian mangsa.
Apa yang membanggakan, sebahagian besar sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan orang awam di sekitar Pekan Beluran. Sejak seruan bantuan dikeluarkan, penduduk setempat telah tampil memberikan sumbangan dengan semangat gotong-royong yang tinggi. Pihak Majlis Daerah Beluran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma. Usaha ini membuktikan bahawa masyarakat Beluran sentiasa bersatu hati dan prihatin terhadap nasib saudara kita di Paitan yang sedang diuji musibah banjir.




