AIR TERJUN MANDAGU
Air Terjun Mandagu, Beluran
Air Terjun Mandagu di Beluran, Sabah memang layak digelar sebagai hidden gem yang menakjubkan di pedalaman Borneo. Terletak kira-kira 31 kilometer dari pekan Beluran, ia hanya boleh diakses melalui perjalanan bot selama sejam menyusuri Sungai. Air terjun terletak di Kampung Bukit Besi, Beluran dengan menaiki bot dari pekan Beluran, menjadikan perjalanan ini satu pengalaman unik dan eksotik. Dikelilingi hutan tropika yang masih terjaga, air terjun ini menawarkan suasana damai dan pemandangan yang memukau. Laluan mendaki yang bersih dan terpelihara sesuai untuk pencinta alam dan pengembara lasak.