+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

ASEAN SMART CITIES NETWORK KUALA LUMPUR 2025

ASEAN SMART CITIES NETWORK KUALA LUMPUR 2025

9hb. September, 2025

Program Smart Cities Asia 2025 telah berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa pembangunan bandar pintar di Malaysia.
Majlis Daerah Beluran turut hadir yang diketuai oleh Tuan Huil Bin Binua@Benua, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran serta beberapa Pegawai Kanan dan kakitangan Majlis Daerah Beluran. Program ini menghimpunkan wakil daripada agensi-agensi awam, pihak berkuasa tempatan, agensi pelaksana serta syarikat-syarikat pelopor teknologi bandar pintar dari dalam dan luar negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content