PERLESENAN


Urusan permohonan lesen dan sokongan lesen boleh dilakukan di bahagian perlesenan Majlis Daerah Beluran. Borang-borang permohonan lesen boleh juga di perolehi secara dalam talian dari laman web ini pada ruangan Borang.

Bahagian ini berperanan untuk mengeluarkan sokongan lesen berniaga dan memberi lesen kepada peniaga-peniaga ataupun penyewa-penyewa yang menyewa bangunan dan tapak milik Majlis disamping mengeluarkan lesen untuk peniaga – peniaga dalam urusan perniagaan.

Jenis-Jenis Lesen.

1. Lesen Kedai Makan & Minum

2. Lesen Jaja

3. Lesen Berniaga / Trading License - Lesen Tidak Kriktikal

4. Lesen Berniaga / Trading License - Lesen Kriktikal

5. Lesen Menyimpan & Meruncit Minyak Petrol/Diesel/Gas

6. Lesen Operasi Pusat Kecantikan & Kesihatan

7. Lesen Operasi Pusat Hiburan Awam