Soalan Lazim
Apa itu Cukai Pintu ?
Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran Majlis dan cukai ini digunakan untuk menampung segala kos pentadbiran Majlis serta kos penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada pembayar-pembayar cukai.
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu ?
Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu ?
Harta-harta berkadar yang dikecualikan daripada dikenakan cukai pintu mengikut peruntukan Seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 ialah seperti berikut:-
- Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
- Tanah perkuburan awam
- Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
- Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan seperti hospital dan klinik awam.
- Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
- Harta-harta Majlis
- Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
- Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke Atas Cukai Pintu ?
- Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
- Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
Apakah Jenis-Jenis Lesen Yang Boleh Di Pohon Di Majlis Daerah Beluran
- Urusan permohonan lesen dan sokongan lesen boleh dilakukan di bahagian perlesenan Majlis Daerah Beluran. Borang-borang permohonan lesen boleh juga di perolehi secara dalam talian dari laman web ini pada ruangan Borang.
-
Jenis-Jenis Lesen.
1. Lesen Kedai Makan & Minum
2. Lesen Jaja
3. Lesen Berniaga / Trading License – Lesen Tidak Kriktikal
4. Lesen Berniaga / Trading License – Lesen Kriktikal
5. Lesen Menyimpan & Meruncit Minyak Petrol/Diesel/Gas
6. Lesen Operasi Pusat Kecantikan & Kesihatan
7. Lesen Operasi Pusat Hiburan Awam
Dimanakah Saya Boleh Mendapatkan Borang Permohonan Lesen Berniaga Yang Dikeluarkan oleh Majlis ?
Borang permohonan lesen berniaga boleh didapati di kaunter pejabat Majlis Daerah Semporna atau di pautan https://mdbeluran.sabah.gov.my/borang-permohonan-awam/
Berapakah Kadar Sewa Kemudahan Dan Peralatan Yang Sedia Ada?
Untuk kadar sewa peralatan dan kemudahan anda boleh layari di https://mdbeluran.sabah.gov.my/kemudahan-dan-kadar-sewa/
Bagaimana Orang Ramai Boleh Membuat Aduan Mengenai Isu/Masalah Yang Dihadapi Di Dalam Kawasan PBT?
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada Phak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.