+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

Mewujudkan sebuah kuasa Tempatan yang berkesan dan berkeupayaan untuk pembangunan dan kemajuan
serta kesejahteraan rakyat setempat khususnya membantu Visi Pentadbiran Daerah menjadikan Beluran sebuah Mesyarakat Madani, Berilmu dan Makmur.

Berusaha kearah pembangunan yang teratur serta mengekalkan penghijauan dengan mempertingkatkan keindahan, kebersihan dan kesihatan.

Meningkatkan dan memperbaiki perkhidmatan dan keindahan awam sedia ada dari masa ke semasa.

Mengemaskini peraturan dan mempelbagai perkhidmatan di semua peringkat dalam kawasan perkadaran tanpa mengetepikan keperluan umum.

Berusaha merancang dan mengadakan pengawalan pertumbuhan industri kecil dengan sistem yang lebih teratur dan sempurna bagi mengelak masalah pencemaran alam sekitar.

Membantu melaksanakan projek- projek dan aktiviti kerajaan selaras dengan Dasar Kerajaan yang sedia ada.

Mempertingkatkan semua aktiviti- aktiviti perancangan dalam semua sektor dan memastikan pelaksanaan perancangan yang dibuat adalah berdasarkan objektif pelan struktur atau perancangan Bandar.

Memperbaiki dan mempertingkatkan kemudahan awam dan infrastruktur bagi kepentingan dan kegunaan awam seperti sistem lalulintas dan sistem perparitan.

Fungsi-fungsi Majlis Daerah Beluran dinyatakan dalam seksyen 49(1) Ordinan KerajaanTempatan 1961 dan Instrument Majlis Daerah Beluran adalah seperti berikut: -

Memberi perkhidmatan kutipan sampah kepada para peniaga, rumah persendirian yang berminat dan Jabatan-jabatan kerajaan.

Untuk mengenakan dan mengutip cukai dikawasan dalam bidang kuasa Majlis Daerah Beluran seperti ses-tanah, perkhidmatan sampah dan lain-lain.

Menyediakan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, padang-padang permainan, jeti, lampu jalan, laluan pejalan kaki, perhentian bas, taman permainan kanak-kanak dan tandas.

Melaksanakan projek-projek yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Menyediakan tempat-tempat kemudahan kepada peniaga seperti pasar, gerai dan kawasan tamu niaga dan lain-lain.

Mengawal pertumbuhan kawasan setinggan di kawasan perkadaran majlis.

Menjaga kebersihan dan berusaha mengindahkan kawasan pekan melalui penanaman pokok-pokok dan pokok bunga di jalan-jalan utama.

Mengawal dan menghapuskan anjing-anjing liar yang tidak berpemilik.

Untuk mengadakan kumpulan wang sendiri bagi membiayai perkhidmatan dan beberapa projek.

Pengurusan Majlis Daerah Beluran berperanan melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil termasuk arahan-arahan /pekeliling-pekeliling daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Antara peranan-peranan lainnya adalah:-

Memaju, menggalakkan dan mengawal pembangunan perbandaran.

Memaju, menggalakkan dan menyelaraskan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Memperkasakan pengurusan hasil.

Penyediaan dan penyenggaraan infrastruktur serta kemudahan awam.

Pengurusan alam sekitar, kebersihan dan kesihatan.

Pembangunan belia dan kemasyarakatan.

HUBUNGI KAMI:
Tel: 089-511272
Fax: 089-511458
Emel: mdbeluran@sabah.gov.my

ALAMAT:
Majlis Daerah Beluran, Peti Surat 20,
90107 Beluran, Sabah, Malaysia

” SABAH MAJU JAYA”

PENAFIAN:
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri Sabah atau Majlis Daerah Beluran dan pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Beluran ®

WAKTU PEJABAT:
Hari Berkerja: Isnin hingga Jumaat
Masa Berkerja: 8.00am hingga 5.00pm
Waktu Rehat: 1.00pm hingga 2.00pm
Cuti: Sabtu | Ahad | Cuti umum

Dikemaskini Pada:
28 Julai 2025
wpChatIcon
wpChatIcon