+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

BAHAGIAN / UNIT

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian Yang Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Pentadbiran Dan Personalia Yang Berkualiti Dan Efisyen Mengikut Undang-Undang Dan Dasar Yang Telah Ditetapkan Oleh Kerajaan Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan.

FUNGSI UNIT

Unit Pentadbiran Am

  • Pengurusan dan pentadbiran
  • Menguruskan mesyuarat jawatankuasa majlis
  • Pengurusan surat menyurat
  • Mengurus dan menyelia aduan awam dan tindakan penyelesaian.
  • Merancang,mengurus dan melaksanakan urusan mesyuarat dalaman.
  • Merancang ,mengurus dan melaksanakan program-program rasmi jabatan.
  • Menguruskan urusan penyelenggaraan dan pelupusan rekod awam

Unit Sumber Manusia

  • Merancang ,mengurus dan menyelia Pembangunan sumber manusia
  • Mengurus dan mengemaskini data sistem maklumat SM2
  • Mengurus dan mengendalikan urusan tatatertib, pengesahan dan kenaikan pangkat.
  • Mengurus dan menyelia SKT dan Markah LNPT
  • Mengurus dan menyelia pusingan kerja
  • Mengurus dan melaksanakan Latihan kakitangan
  • Mengurus dan menyelia cuti dan peperiksaan kakitangan

Unit ICT & Media

  • Bertanggungjawab meengkapkan infrastruktur teknologi maklumat majlis
  • Mengurus dan melatih kakitangan menggunakan Kemahiran computer
  • Mengurus dan mengawal penggunan peralatan teknologi
  • Melaksanakan kawalan keselamatan terhadap semua peralatan teknologi
  • Membangun dan menyelenggara laman web dan laman sosial rasmi Majlis.
  • Bertindak sebagai unit media majlis

Unit Aset Dan Stor

  • Mengurus dan merekod semua asset-aset majlis
  • Bertanggungjawab merekod dan memantau penyelenggereen asset majlis
  • Memantau dan membuat pemeriksaan aset majlis.
  • Mengurus dan melaksanakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan aset.
  • Mengurus dan menyelia rekod pembelian peralatan dan bekalan stok.
  • Menyelenggara stok bekalan alat tulis dan peralatan majlis.

Unit Perumahan ( PPR )

  • Mengurus dan menyelia Menegment Comitee (MC) PPR.
  • Mengurus dan menyelia permohonan penyewaan lot PPR.
  • Menguatkuasakan dan memantau pematuhan peraturan-peraturan penyewaan lot PPR.
  • Mengurus dan melaksanakan mesyuarat PPR
  • Merancang mementau dan memohon projek penyelenggaraan PPR
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Walter Herickson Chang
 Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
 Jabatan : Bahagian Pentadbiran
 Emel :WalterHerickson.Chang@sabah.gov.my

BAHAGIAN KEWANGAN

BAHAGIAN KEWANGAN

Bahagian yang bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan dan perakaunan Majlis Daerah Beluran yang meliputi aspek kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan perakauan. Menguruskan kewangan Majlis dan bertanggungjawab memastikan semua kutipan hasil dan perbelanjaan Majlis direkodkan serta dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

FUNGSI
• Bertanggungjawab ke atas kawalan dokumen masuk dan keluar serta keselamatan pejabat.
• Menyimpan rekod-rekod seperti dokumen-dokumen pembayaran, penyata-penyata sokongan, minit-minit kelulusan perolehan, rekod-rekod tanggungan, daftar kawalan kerja-kerja kontrak, daftar pesanan tempatan dan daftar bil-bil pelbagai.
• Menyediakan, mengawal dan menguruskan Bajet Tahunan Majlis setiap tahun untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
• Mengemaskini segala rekod-rekod perakaunan dan menyediakan Laporan Kedudukan Kewangan Bulanan, Sukuan dan Penyata Kewangan Tahunan.
• Mengendalikan hal-hal penyediaan dan pembayaran gaji kakitangan Majlis termasuk pendapatan, potongan cukai pendapatan, pinjaman-pinjaman dan sebagainya serta menyimpan rekod-rekod tersebut untuk rujukan di masa akan datang
• Menyediakan Laporan Prestasi Kutipan Cukai Taksiran Majlis setiap bulan untuk makluman Majlis.

 

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Puan Lydia Andilah
 Jawatan : Penolong Akauntan
 Jabatan : Bahagian kewangan
 Emel :  Lydia.Andilah@sabah.gov.my

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

Bahagian pembangunan adalah satu bahagian di bawah Majlis Daerah Beluran. Bahagian ini akan memastikan semua undang-undang yang diterima pakai oleh majlis dikuatkuasakan dengan berkesan. Bahagian ini juga memastikan Daerah Beluran akan membangun dari masa ke semasa dengan adanya peruntukan – peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

FUNGSI

Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang Local Government Ordinance 1961 (No11 0f 1961) dan Uniform Building By-Law 2022 (G.N.L 15 of 2022) diwarta dan diterimapakai oleh Majlis Daerah Beluran.

  • Menyediakan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, taman – taman permainan, lampu – lampu jalan, tandas dan laluan pejalan kaki.
  • Menyediakan tempat – tempat kemudahan kepada peniaga seperti gerai, pasar dan tapak tamu.
  • Menyelia projek – projek di Majlis Daerah Beluran.
  • Mengambil tindakan berkenaan Aduan Awam.
  • Membuat permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : En.Amirul Adli Bin Jainudin@Janudin
 Jawatan : Penolong Jurutera
 Jabatan : Bahagian Pembangunan
 Emel :  AmirulAdli.jainudin@sabah.gov.my

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Bahagian penguatkuasaan adalah satu bahagian di bawah Majlis Daerah Beluran. Bahagian ini akan memastikan semua undang-undang yang diterima pakai oleh majlis dikuatkuasakan dengan adil dan berkesan. Bahagian ini juga memastikan penguatkuasaan undang-undang dipatuhi oleh orang ramai.

FUNGSI

Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk undang-undang kecil yang diwarta dan diterimapakai oleh Majlis Daerah Beluran.

  • Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berhemah kepada orang ramai ke tahap pemahaman maksimun.
  • Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej jabatan.
  • Melayani rayuan kompaun dengan penuh bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
  • Mengambil tindakan segera ke atas segala aduan berkaitan.
  • Menjalankan bancian dan mengemaskini data dalam sistem setinggan negeri Sabah.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : En.Zul bin Kambilus
 Jawatan : Penolong Pegawai Penguat kuasa
 Jabatan : Bahagian Penguatkuasaan
 Emel Zul.Kambilus@sabah.gov.my

BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN

Bahagian Kesihatan & Perkhidmatan luar ditubuhkan bagi memastikan mewujudkan keadaan dan persekitaran premis makanan yang bersih serta selesa, Melindungi dan memastikan pengguna memperoleh makanan yang bersih, selamat, bermutu, berkualiti dan dilabelkan serta ditugaskanuntuk kerja-kerja pengindahan landskap di sekitar kawasan Daerah Beluran .

Unit-unit di bawa Bahagian ini termasuklah:-

Unit Kesihatan
Unit Perlesenan
Unit Perkhidmatan Pembersihan
Unit Lanskap

Mengujudkan dan mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih untuk menjamin keselesaan, kesihatan dan sejehteraan penduduk dikawasan perkadaran Majlis Daerah Beluran.
Fungsi-Fungsi.

1.  Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan Pekan.
2.  Melaksanakan fungsi-fungsi kesihatan seperti mana yang diperuntukkan dalam Ordinan Kesihatan Umum 1960.

Aktiviti Utama Perkhidmatan Pembersihan Bandar.
a.  Membersihkan lorong-lorong dan tempat-tempat awam.
b.  Mengumpul, mengutip dan membuang sampah sarap.
c.  Memotong rumput dan pembersihan parit-parit.
d.  Membantu dalam kerja-kerja lanskap dan pengindahan Bandar.

Aktiviti Utama Unit Lanskap.
a.  Pemotongan rumput.
b.  Penyelenggaraan Tapak Semaian.
c.  Penyelenggaraan pokok kayu dan bunga yang sedia ada.
d.  Menanam pokok kayu dan bunga.

Aktivit Utama Perkhidmatan Kesihatan.

Melaksanakan Pemantauan Kebersihan Tandas Awam
• Melaksanakan Pemantauan Kebersihan Pasar Am dan Pasar Ikan
• Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Majlis yang berkenaan
• Menjalankan Pemeriksaan keadaan Penjaja Bergerak
• Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan
• Menjalankan Pemeriksaan Proses Pengendalian Makanan
• Menyelia Unit Kawalan Bawaan Vektor
• Menjalankan Pemeriksaan Sanitasi Premis Makanan dan Premis Penyediaan Makanan
• Mengurus Kerja-Kerja Kecemasan
• Menganjurkan program-program berkaitan alam sekitar
• Menyelesaikan aduan dan isu berkaitan masalah kesihatan awam
• Pengurusan sisa pepejal yang cekap

 

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Cik.Rose Onginda
 Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 Jabatan : Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan
 Emel :  Rose.Onginda@sabah.gov.my
wpChatIcon
wpChatIcon