+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

PROGRAM HIJAU - RAKAN LESTARI

PROGRAM HIJAU – RAKAN LESTARI 2025

| 12hb. & 13hb. Jun, 2025

Menyemai Semangat Kelestarian Komuniti
Program Hijau – Rakan Lestari 2025, juga dikenali sebagai Program Gotong-Royong Rakan Lestari, telah berjaya dilaksanakan pada 12 dan 13 Jun 2025 di Taman Awam Udang SEDCO, Pekan Beluran. Program ini dijalankan bersama Kem Lestari Generasi Madani, melibatkan penyertaan aktif pelajar-pelajar sekolah. Objektif utama adalah untuk Meningkatkan kesedaran kelestarian alam sekitar, Mempupuk semangat gotong-royong dalam kalangan generasi muda, Memperindah kawasan awam melalui aktiviti pembersihan dan pemuliharaan. Komuniti tempatan turut serta menjayakan program ini, menjadikan ia satu usaha bersama yang memperkukuh hubungan sosial dan semangat cintakan alam sekitar. Program ini selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya, memperkasakan inisiatif hijau di peringkat daerah.

wpChatIcon
wpChatIcon