+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

PENGANUGERAHAN PENARAFAN 5 BINTANG ( SM2 ) TAHUN 2025

Anugerah Penarafan 5 Bintang
Sistem Maklumat Sumber Manusia ( SM2) Tahun 2025

5hb. Disember, 2025

  Majlis Daerah Beluran sekali lagi melakar kejayaan apabila menerima Penarafan 5 Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2025 daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Pengiktirafan ini telah disampaikan semasa Majlis Anugerah Penarafan 5 Bintang SM2 2025 di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada 5 Disember 2025. Kejayaan ini merupakan pencapaian berturut-turut sejak tahun 2022, membuktikan komitmen Majlis Daerah Beluran dalam memperkukuh pengurusan sumber manusia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah atas pengiktirafan ini. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Majlis Daerah Beluran, khususnya Unit Sumber Manusia, atas dedikasi dan usaha berterusan.

wpChatIcon
wpChatIcon