+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

JELAJAH ASPIRASI MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN (KKTP) KE MAJLIS DAERAH BELURAN

JELAJAH ASPIRASI MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN (KKTP) KE MAJLIS DAERAH BELURAN.

|20hb. April, 2026

Majlis Daerah Beluran telah menerima kunjungan rasmi sempena Program Jelajah Aspirasi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Kami amat berbesar hati menerima kehadiran YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri KKTP Negeri Sabah bersama barisan kepimpinan tertinggi kementerian.
Kehadiran delegasi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kementerian dan PBT, malah menjadi platform penting untuk menyelaraskan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat di daerah Beluran.
Turut hadir memeriahkan program YB Datuk Dr. Maijol Mahap (Pembantu Menteri II KKTP), YB Datuk Samad Bin Jamri (Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar & ADUN N.49 Labuk) YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais (Setiausaha Tetap KKTP), Pegawai-pegawai kanan KKTP, Jabatan Perancang Bandar & Wilayah (JPBW), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAIN), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), Pejabat Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Tuan Roger Appolonius Pengerusi MD Beluran, Tuan Huil Bin Binua@Benua Pegawai Eksekutif MD Beluran, serta warga kerja MD Beluran.                                                
Terima kasih atas perkongsian aspirasi demi memacu kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan di Beluran!                                                              
BeritaRtmSabah:
https://www.facebook.com/share/v/1EVQy5A1M8/                                                      
“Isu kakitangan, kemudahan Beluran bakal dapat perhatian serius: Arifin”
Sumber : Dailyexpress
wpChatIcon
wpChatIcon