PROGRAM KOMUNITI HIJAU - RAKAN LESTARI
PROGRAM KOMUNITI HIJAU: RAKAN LESTARI 2026 SEMPENA HARI LANDSKAP NEGARA
| 19hb. & 20hb. Jun, 2026
BELURAN — Sempena sambutan Hari Landskap Negara 2026, Majlis Daerah Beluran telah menganjurkan Program Komuniti Hijau: Rakan Lestari Tahun 2026 sebagai langkah melestarikan alam sekitar dan memperkasakan kualiti persekitaran di daerah ini.
Program yang memfokuskan penglibatan komuniti secara menyeluruh ini dianjurkan sejajar dengan hasrat membudayakan amalan hijau, memperbanyakkan kawasan lapang berasaskan alam semulajadi, serta menyemai rasa kebertanggungjawaban bersama terhadap kebersihan dan keindahan daerah Beluran.
Sambutan Hari Landskap Negara tahun ini menjadi pemangkin kepada Majlis Daerah Beluran untuk menggiatkan lagi inisiatif pembangunan persekitaran yang mampan. Melalui platform “Rakan Lestari”, penduduk setempat digalakkan untuk bersama-sama berperanan aktif sebagai ejen perubahan hijau di kawasan perumahan, kampung, dan persekitaran awam masing-masing.
Antara pengisian dan aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini termasuk:
- Penanaman Pokok: Usaha menambah liputan kawasan hijau bagi mencantikkan lanskap bandar serta menyokong pemeliharaan ekosistem tempatan.
- Aktiviti Gotong-Royong : Pembersihan kawasan tumpuan awam, taman rekreasi, dan saluran perparitan bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.
- Pertandingan Mewarna kanak-Kanak
- Permainan Kuiz Mesra Alam







