MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH BELURAN BIL 1/2026
25hb. Mei, 2026
KUNDASANG – Komitmen terhadap pembangunan prasarana, modal insan, serta pemerkasaan ekonomi masyarakat di daerah Beluran terus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri Sabah.
Perkara tersebut ditegaskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beluran (MDB) Bilangan 1/2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Heritage Hall, Hotel Perkasa Mt. Kinabalu, Kundasang.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Sugut. Turut hadir bersama dalam mesyuarat Tuan Justinus bin Jalang (Setiausaha Politik Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) ), Tuan Roger Appolonius (Pegawai Daerah Beluran), Tuan Joloning Joe Majambu (Pegawai Daerah Paitan), Tuan Huil Binua@Benua (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran), Ahli-Ahli Majlis Daerah Beluran, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Beluran dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Beluran.