Program Pembersihan Mega serentak di seluruh Malaysia bersempena World Cleanup Day 2026
26hb. September, 2026
BELURAN – Program mega sempena World Cleanup Day ini telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N49 Labuk, YB Datuk Samad Jambri, bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran.
Datuk Samad dalam ucapannya memuji komitmen padu komuniti Beluran dan menegaskan bahawa amalan menjaga kebersihan bukan sekadar tanggungjawab bermusim, malah ia adalah cerminan identiti serta pemangkin kepada kesejahteraan modal insan di daerah ini. Turut sama menyingsing lengan baju dalam aktiviti gotong-royong perdana ini ialah Pegawai Daerah Beluran, YBhg. Tuan Roger Appolonius, Pegawai Eksekutif, YBrs. Tuan Rizal Maulah dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Beluran.
Kempen anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama MDB ini bukan sahaja berjaya membersihkan kawasan tumpuan awam, malah menyuntik kesedaran mendalam buat warga Beluran untuk terus mengekalkan persekitaran yang hijau, bersih, dan sihat demi generasi masa hadapan. Turut dilaksanakan juga dalam program ini pembelian minyak terpakai dari CY WONG Recycle Trading.Program ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah dan orang awam.