MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MAJLIS DAERAH BELURAN TAHUN 2026
10hb. April, 2026
SANDAKAN – Majlis Daerah Beluran (MDB) hari ini telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2026 yang disekalikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Sabah Hotel, Sandakan.
Majlis gilang-gemilang ini dianjurkan khas bagi merai serta mengiktiraf dedikasi warga kerja Majlis Daerah Beluran yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025, di samping mengukuhkan ukhuwah bersempena dengan kemeriahan bulan Syawal.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Samad Bin Jambri @ Jamri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N49 Labuk. Turut hadir menyerikan majlis, YBhg. Tuan Justinus bin Jalang (Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah), YBhg. Tuan Roger Appolonius (Pegawai Daerah Beluran), YBrs. Tuan Huil bin Binua @ Benua (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran) dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Beluran.
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemacu kecemerlangan yang berterusan. Seluruh kepimpinan dan warga kerja Majlis Daerah Beluran juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Beluran.”