MESYUARAT PENUH BIL 1/2026
MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BELURAN BIL 1/2026
| 25hb. Mei, 2026
KUNDASANG – Komitmen terhadap pembangunan prasarana, modal insan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat di daerah Beluran terus menjadi agenda utama kerajaan negeri Sabah. Perkara ini ditegaskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beluran (MDB) Bilangan 1/2026 yang telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini. Mesyuarat yang menghimpunkan barisan ahli majlis dan peneraju pentadbiran daerah ini telah berlangsung di Heritage Hall, Hotel Perkasa Mt. Kinabalu, Kundasang.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk James Ratib, Merangkap ADUN N48 Sugut dan dihadiri bersama oleh Tuan Justinus bin Jalang, Setiausaha Politik Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI),Pegawai Daerah Beluran Tuan Roger Appolonius, Pegawai Daerah Paitan Tuan Joloning Joe Majambu, Pegawai Eksekutif Tuan Huil Benua@Binua, ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Beluran dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Daerah Beluran




