MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN "ONE OFF" PENIAGA
Majlis penyerahan bantuan khas “One Off” kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah Daerah Beluran dan Daerah Paitan
|15hb. Julai, 2025
Majlis ini telah disempurnakan oleh PPM Tuan Rafael Lindan yang mewakili YB Samad bin Jambri @ Jamri,Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar sabah Merangkap ADUN N49 Labuk, untuk menyampaikan bantuan khas “one off” bagi peniaga gerai di daerah Beluran. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Beluran Tuan Roger Appolonius, merangkap Pengerusi Majlis Daerah Beluran, Pegawai Eksekutif Tuan Huil Benua@Binua dan ahli-Ahli Majlis. Seramai 11 peniaga gerai kecil bagi Daerah Beluran dan 12 peniaga gerai kecil bagi Daerah Paitan telah menerima bantuan khas ini.
Bagi Daerah Paitan pula, majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Merangkap ADUN N48 Sugut dan dihadiri Pegawai Daerah Paitan Tuan Joloning Joe Majambu dan ahli-Ahli Majlis Daerah Beluran. Bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri Sabah untuk menyokong peniaga kecil berlesen yang beroperasi di tepi jalan, selaras dengan Belanjawan Sabah 2025.









