+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

SABAH GOVERNMENT WEBSITE COMPETITION (SGWC) 2025

Majlis Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah (SGWC) Tahun2025.

7hb. Oktober, 2025
Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025, yang memberi pengiktirafan kepada jabatan serta agensi kerajaan negeri atas usaha memperkukuh keberkesanan penyampaian maklumat serta perkhidmatan dalam talian kepada rakyat. Sebanyak 36 penerima anugerah telah disampaikan pada tahun ini, berbanding hanya 9 penerima anugerah pada tahun sebelumnya — satu peningkatan ketara yang mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap pendigitalan perkhidmatan awam.
  Pertandingan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan secara dalam talian melalui laman web yang berasaskan kepuasan pelanggan. Ia juga bertujuan menggalakkan semua agensi kerajaan negeri untuk sentiasa mengemas kini laman web masing-masing secara berkala dan berterusan, selaras dengan tuntutan teknologi semasa.
Pegawai Eksekutif berkesempatan menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah sempena SABAH GOVERNMENT WEBSITE COMPETITION (SGWC) 2025. Dalam pertandingan ini Majlis Daerah Beluran mendapat 2 Anugerah iaitu:-

1-MOST INSPIRATION WEB AWARD ( FOURTH RUNNER UP )Tempat ke Lima Anugerah Utama Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025

2THE BAYUCENTRICT INNOVATOR AWARD ( FIRST RUNNER UP )kategori Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

wpChatIcon
wpChatIcon