+6089-511272 mdbeluran@sabah.gov.my

SHAH ALAM URBAN FORUM (SAUF)

SHAH ALAM URBAN FORUM (SAUF) 2025

14hb. Oktober, 2025

SHAH ALAM- Majlis Perasmian Shah Alam Urban Forum (SAUF) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di MBSA Convention Centre, Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis Daerah Beluran turut hadir yang diketuai oleh Tuan Huil Bin Binua@Benua, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran serta beberapa Pegawai Kanan dan kakitangan Majlis Daerah Beluran. SAUF 2025 yang bertemakan “Bandar Kita, Komuniti Kita” dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai platform perkongsian idea, dasar dan amalan terbaik dalam pembangunan bandar mampan dan inklusif yang berlangsung selama 2 hari iaitu 14-15 Oktober 2025. Program ini berjaya menghimpunkan pemegang taruh daripada pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, PBT, NGO, institusi akademik dan komuniti dalam usaha bersama membentuk bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan lestari.

wpChatIcon
wpChatIcon